Namun, belum ada maklumat tentang siapa di sebalik atau motif serangan tersebut.
Dipercayai serangan itu berlaku sejurus selepas Jepun menyertai kuasa Barat dalam membangkang Rusia di atas pencerobohannya ke atas Ukraine, walaupun masih tidak dipastikan sama ada serangan siber ini saling berkait.
Jurucakap di Kojima Industries berkata ia kelihatan seperti satu serangan siber. Manakala jurucakap Toyota pula menyifatkan hal ini sebagai "kegagalan sistem pembekal."
Insiden ini boleh menjejaskan usaha Toyota untuk kembali ke operasi pengeluaran penuh berikutan penutupan kilang pada Januari dan Februari disebabkan kekurangan cip dan gangguan berkaitan Covid.
Toyota, yang secara relatifnya kekal bertahan dalam menghadapi kekurangan bekalan, telah cuba meningkatkan pengeluaran di samping memenuhi permintaan kereta yang meningkat secara global.
Pengeluaran Toyota pada bulan Januari jatuh 15 peratus daripada tahun sebelumnya, selepas syarikat tersebut terpaksa menghentikan pengeluaran di bandar Tianjin di China apabila kerajaan menjalankan ujian saringan besar-besaran ke atas penduduk di situ.
Awal bulan Februari, beberapa operasi Toyota di Amerika Utara pula terjejas kerana gerakan protes yang menutup beberapa laluan perdagangan utama antara Amerika Syarikat dan Kanada.
Gangguan dalam dua bulan pertama tahun ini mendorong Toyota mengurangkan sasaran pengeluarannya untuk tahun fiskal hingga bulan Mac kepada 8.5 juta kenderaan berbanding sasaran sebelumnya sebanyak 9 juta.
Syarikat pengeluar kereta itu mengendalikan 28 barisan pemasangan di 14 kilang di Jepun.
Toyota juga memutuskan untuk menyambung semula semua operasi mulai Rabu, 2 Mac.
Sumber: nikkei
Baca juga:
- Ukraine Dakwa Russia Lakukan Serangan Siber Ke Atas Mereka
- Selain Perang Peluru Antara Ukraine Dan Russia, Penggodam Juga Sedang Hangat Berperang
- 'Video' Perang Rusia-Ukraine Ini Banyak Tontonan, Tapi Hakikatnya Hanya 'Video Game'
Berkaitan
- Google Rusia Bankrap, Rugi Lebih RM400 Juta
- Sebab Kekurangan Cip, Toyota Kurangkan Pengeluaran Sebanyak 100,000 Unit
- Ukraine Guna Teknologi AI Untuk Mengecam Wajah Mayat Tentera Rusia
- Jepun Kuatkuasa Penjara Hingga Setahun Atas Penghinaan Dalam Talian
- Keselamatan Siber Malaysia Setanding Rusia, Jauh Hebat Berbanding Israel
- Ikut Jejak Langkah Yang Lain, Netflix Hentikan Perkhidmatan Di Rusia
- Rusia Menuduh Syarikat Meta Sebagai "Ekstremis" Kecuali WhatsApp
- Walaupun Sedang Rugi, Netflix Tetap Hentikan Perkhidmatan Di Rusia