Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA Trilogy Mungkin Semakin Hampir Dilancarkan

GTA Trilogy Mungkin Semakin Hampir Dilancarkan

Diterbitkan Oktober 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Boleh dikatakan ramai dalam kalangan kita yang pernah memainkan permainan popular daripada Rockstar Games, iaitu siri Grand Theft Auto. Ogos lalu, terdapat laporan menyatakan Rockstar sedang membangunkan permainan GTA Trilogy dan nampaknya mungkin ia semakin hampir dilancarkan.

Terkini, @videotech_ mendapati data berkaitan tiga permainan GTA tersebut yang merangkumi GTA III, Vice City dan San Andreas dalam kemas kini baharu Rockstar Launcher.

https://twitter.com/videotech_/status/1445411336729530370?s=21

Melaluinya juga, ia terpapar teks seperti “Grand Theft Auto III – Unreal” di mana “Unreal” itu mungkin dikaitkan dengan Unreal Engine yang digunakan untuk membangunkannya.

Pun begitu, laporan ini masih dianggap sebagai spekulasi awal memandangkan Rockstar sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Namun, apa yang penting adalah sekiranya benar, dijangka ramai yang berasa teruja kerana tiga permainan GTA itu adalah antara paling diminati pada satu masa dahulu.

Sumber: pcgamer

Baca juga:

  • Epic Game Store Ada Berjuta Pengguna Baru Sejak Bagi GTA 5 Percuma

  • Peminat Mungkin Perlu Tunggu Lama Lagi Untuk GTA 6

  • Valve Melancarkan Steam Deck – Sebuah PC Mudah Alih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY