Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Perlu Lagi Koyak, FIFA 22 Boleh Tutup ‘Goal Celebration’ Pihak Lawan

Posted on Ogos 12, 2021

Dalam sukan bola sepak, setiap kali pemain menjaringkan gol, pasti mereka akan meraikannya atau lebih sinonim dengan ‘celebration’. Setiap pemain ada ‘celebration’ ikonik tersendiri.

Namun, dalam permainan FIFA, kadangkala ia membuatkan rasa sakit hati atau koyak terutama apabila kalah teruk. Oleh itu, permainan FIFA 22 selepas ini hadir dengan fungsi meredakan perasaan anda.

Dalam FIFA 22 nanti, EA menampilkan fungsi ‘Celebration Camera Focus’ di mana pemain boleh menutup ‘celebration’ pihak lawan. Akan tetapi, tidak bermakna pihak yang menjaringkan gol tidak boleh meraikannya.

EA menyatakan ia hanya mengalihkan pandangan pemain. Bermakna, apabila pasukan anda bolos, anda ada pilihan sama ada mahu melihat pihak lawan meraikan gol atau melihat reaksi pasukan anda.

Tambahan lagi, fungsi tersebut perlu diubah secara manual kerana secara lalai (default), anda harus melihat pihak lawan meraikan gol. Bahkan, tetapan ini digunapakai untuk semua mod permainan FIFA 22.

Sumber: EA

Foto utama: GQ

Baca juga:

  • FIFA 22 PC Tak Akan Ada Ciri Macam Di PS5 Dan Xbox Series X/S
  • Tiada Lagi PES, Kini Jadi eFootball – Permainan Percuma Untuk Semua Platform
  • JDT Antara Pasukan Yang Akan Bertanding Dalam eFootball PES

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress