YouTube Gaming yang dilancarkan pada 4 tahun lalu mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan, laporan dari The Verge mengatakan laman sesawang itu seperti tidak 'hidup' kerana kurang popular dalam kalangan penonton. YouTube telah menyediakan lebih dari 50 billion jam kandungan permainan setahun, tetapi penonton tidak memilih untuk menonton di laman khusus bagi permainan di YouTube Gaming berbanding memilih menonton di YouTube utama.
Balik kembali kepada sejarah, YouTube pernah cuba untuk membeli perkhidmatan permainan penstriman utama Twitch.tv pada tahun 2014, tetapi syarikat itu jatuh ke tangan Amazon. Setahun kemudian YouTube Gaming dilancarkan yang boleh dikatakan klon kepada Twitch.
Tetapi YouTube Gaming hanya alternatif bagi kandungan permainan di YouTube, ini bermakna keputusan untuk menutup portal itu tidak merugikan mana-mana pihak, ia seperti perubahan yang dilakukan demi mencari jumlah penonton yang tinggi dan 'mematikan' produk yang tidak memberangsangkan. Untuk lebih lanjut, lihat di ruangan sokongan.
YouTube Gaming boleh dikatakan sesuai dimasukkan ke dalam senarai produk yang akan ditutup pada 2019. Syarikat Google sendiri memilih keputusan itu kerana persaingan yang terlalu tinggi seperti Twitch pencabar YouTube Gaming, Spotify pencabar YouTube Music, YouTube TV dan YouTube Premium adalah niat untuk mencabar Netflix.
Sumber: arstechnica
Berkaitan
- YouTube Manambah Ciri Baru Di Ruang Komen
- YouTube Didakwa Sedang Bangunkan Program Interaktif Ala Bendersnatch Mereka Sendiri
- YouTube TV Diperkenalkan Secara Rasmi Dengan Langganan Bulanan Sekitar RM 160
- Youtube Red kini boleh dilanggan oleh rakyat Mexico
- ASUS ROG Phone - Definisi Sebenar Mobile Gaming
- Nintendo Switch Dilapor Bakal Terima Aplikasi YouTube Tidak Lama Lagi
- Asus ROG Strix SCAR II - Miliki Semua Yang Anda Mahu Pada Sebuah Laptop Gaming
- Beli Samsung Odyssey G7 Monitor Gaming Dan Dapat Soundbar Percuma
- Honor Play Fon Gaming Dengan GPU Turbo
- YouTube Padam Video Berunsur Kanak-Kanak, Solusi Bagi Masalah Pedophile