Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

(Video) CEO Xiaomi Pertonton Rekaan Sebenar Telefon Boleh Lipat Mereka

Posted on Januari 23, 2019

Beberapa pengeluar telefon pintar telah bersedia untuk memperkenalkan telefon dengan rekaan boleh lipat mereka.

Antara pengeluar terbabit ialah Xiaomi. Malah baru-baru ini, CEO mereka, Lin Bin telah mengirimkan satu video yang memaparkan rekaan sebenar telefon boleh lipat mereka di laman Weibo miliknya.

Berbeza dengan peranti boleh lipat lain, telefon keluaran Xiaomi ini boleh dilipat secara tiga panel berasingan untuk membentuk saiz peranti biasa.

Tiada sebarang spesifikasi mengenai peranti berkenaan telah didedahkan setakat ini. Kita mungkin akan mendengar dengan lebih lanjut mengenainya pada persidangan MWC 2019 kelak.

 

Sumber: Weibo via Slashgear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress