DxOMark Akan Mendedahkan Keputusan Skor Kamera iPhone 11 Pro Max Pada 7 November Ini

Jeng jeng jeng...


Sebelum ini, pihak DxOMark telah mendedahkan hasil keputusan ujian kualiti audio dari beberapa model telefon pintar utama termasuklah Huawei Mate 20 X, Apple iPhone dan Samsung Galaxy Note 10+.

Hasil ujian audio terhadap peranti-peranti tersebut, DxOMark memberikan skro markah tertinggi kepada Huawei Mate 20 X dan diikuti oleh iPhone XS Max dan iPhone 11 Pro Max.



Daripada hasil ujian audio tersebut, model terbaru iPhone 11 Pro Max nampaknya hanya sekadar ditangga ketiga sahaja. Tetapi masih menerima skro lebih dari 70 yang tidak jauh pun dari model Huawei Mate 20 X dan iPhone XS Max.

Bagi skor markah kamera iPhone 11 Pro Max pula sehingga kini masih belum didedahkan. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu menunggu lama kerana pihak DxOMark secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka akan mendedahkan skor markah iPhone terbaru tersebut pada 7 November ini yang hanya beberapa hari sahaja lagi.

https://twitter.com/DxOMark/status/1191349026093973504?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1191349026093973504&ref_url=https%3A%2F%2Fwccftech.com%2Fiphone-11-pro-max-dxomark-results-november-7%2F

Setakat ini, kamera Huawei Mate 30 Pro masih memegang takhta kamera terbaik bagi kategori telefon pintar. Diikuti Samsung Galaxy Note +, Huawei P30 Pro dan OnePlus 7 Pro.



Jadi, adakah kamera iPhone 11 Pro Max akan dapat menandingi skor markah yang dicapai oleh Huawei Mate tersebut? Sama-sama kita nantikan.