Dua Peti Sejuk Pintar Keluaran LG Akan Diperkenalkan Pada CES 2020

Bersempena dengan acara CES 2020 yang sedang berlangsung, LG akan memperkenalkan dua peti sejuk pintar keluarannya iaitu LG InstaView with Craft Ice™ dan LG InstaView ThinQ ™ generasi yang kedua. 



LG InstaView With Craft Ice adalah peti sejuk dengan pembuat ais yang dihasilkan dalam bentuk sfera. Panel InstaView membolehkan pengguna melihat di dalam peti sejuk tanpa perlu membuka pintu. Ia juga berfungsi sebagai paparan untuk resepi dan menonton video memasak,

LG juga akan melancarkan generasi kedua peti sejuk InstaView ThinQ. Dengan ThinQ, pengguna boleh menjejaki inventori makanan pada bila-bila masa. Peti sejuk InstaView ThinQ juga boleh memberi cadangan makan berdasarkan bahan-bahan yang tersedia. Ia juga boleh memberi amaran kepada pemilik rumah apabila stok mereka habis dan mencadangkan pilihan untuk menyusun semula produk. Sama dengan generasi pertama peti sejuk InstaView, model baru juga akan mempunyai panel InstaView 22-inci untuk melihat item dalam peti sejuk dan ia juga boleh menggandakan sebagai paparan untuk melayari internet.

Harga LG InstaView with Craft Ice dan InstaView ThinQ akan diumumkan di CES 2020 pada 7 hingga 10 Januari ini. Acara ini akan diadakan di Las Vegas.