Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
garena world

COD Mobile Akan Dipertandingkan Di Garena World 2020 Thailand

Diterbitkan Januari 21, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Bagi para pemain ”gaming” yang tegar sudah tentu tahu mengenai permainan Call of Duty. Baru-baru ini, Garena telah mengumumkan Call of Duty Mobile-Garena (CODM) akan diadakan di Garena World 2020 bertempat di Thailand.

Sebanyak lapan pasukan akan dijemput untuk bertarung dalam kejohanan ini. Ia akan melibatkan dua pasukan dari Thailand, dua pasukan dari Indonesia dan selebihnya dari Taiwan, Singapura, Malaysia dan Filipina. Pasukan-pasukan ini akan dipilih melalui peringkat kelayakan yang diadakan di negara masing-masing.

call of duty

Pertandingan membabitkan permainan Call of Duty Mobile-Garena yang bakal dianjurkan ini merupakan kejohanan jemputan kali pertama untuk rantau Asia Tenggara. Dilancarkan pada 1 Oktober tahun lalu,  CODM sudah berjaya memenangi anugerah seperti Best Mobile Game pada acara The Game Awards dan Google Play’s Best Game of 2019.

Sejak pelancarannya juga, CODM banyak menganjurkan pertandingan sukan di seluruh Asia Tenggara. Di Thailand, hampir 1,000 pasukan mendaftar bagi kejohanan Mission One dalam talian. Di Indonesia pula, lebih 3,500 pemain berkumpul di EXGCon 2019 untuk mengambil bahagian dalam Major Series Grand Finals. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan serantau, anda boleh layari laman rasmi Facebook Call of Duty Mobile-Garena.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY