Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
boost

Tebus E-Tunai Rakyat Dengan Aplikasi Boost Sebelum 9 Mac 2020

Diterbitkan Mac 2, 2020 · Dikemas kini Mac 3, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Beberapa bulan yang lepas, kerajaan telah menyediakan sejumlah RM 450 juta sebagai insentif e-Tunai Rakyat kepada rakyat Malaysia. Insentif ini bertujuan untuk meransang penggunaan eDompet dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kini, tinggal seminggu sahaja lagi untuk pengguna menebus insentif tersebut di eDompet pilihan seperti TnG eWallet, Boost serta GrabPay. Bagi aplikasi Boost, anda perlu menebus sebelum 9 Mac 2020 untuk mendapatkan insentif RM 30 tersebut.

Walaupun tarikh tamat bagi program insentif ini ditetapkan pada 14 Mac 2020, pengguna dinasihatkan supaya menebus lebih awal supaya proses pengesahan dan pemberian wang dapat dilakukan dalam tempoh 5 hari bekerja.

Pengguna yang menebus e-Tunai Rakyat dengan aplikasi Boost, berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM 8,888 melalui Shake Reward. 

boost

Berikut adalah langkah-langkah bagi pengguna yang mahu menebus melalui aplikasi Boost :

  1. Muat turun aplikasi Boost untuk Android atau iOS dan ikuti arahan untuk mendapatkan pengesahan dengan menangkap gambar kad pengenalan dan selfie.
  2. Apabila sudah mendapat pengesahan, klik butang ”Submit Claim” untuk permohonan dan semak kelayakan anda bagi insentif e-Tunai Rakyat.
  3. Setelah kelayakan tersebut berjaya, RM 30 secara automatik akan dikreditkan ke dalam eDompet Boost anda.

Dengan insentif RM 30 yang diberikan, anda boleh membelanjakannya melalui eDompet bagi pembayaran makanan, pengangkutan, penghantaran dan sebagainya. Lebih 138,000 peniaga di seluruh negara menawarkan perkhidmatan ini kepada pelanggan. Melalui eDompet Boost juga, pengguna boleh menebus baucar dan pulangan tunai di KFC, Pizza Hut, Petron, GSC, Shopee dan sebagainya. Selain itu, pengguna perlu menggunakan insentif ini sebelum 14 Mac 2020. Baki yang tidak digunakan selepas 14 Mac tersebut akan dikeluarkan daripada akaun eDompet pengguna.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY