Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-09-09 174855

Dua Pembesar Suara Mudah Alih Baharu Marshall Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM456

Diterbitkan September 9, 2024 oleh Rushsyafizal

Ash Asia, pengedar rasmi jenama pembesar suara Marshall, memperkenalkan dua model baharu pembesar suara mudah alih di Malaysia pada hari ini, iaitu Willen II dan Emberton III. Willen II menawarkan bunyi yang baik di mana sahaja dengan lebih 17 jam masa main balik, manakala Emberton III mampu memainkan muzik selama 32 jam, lengkap dengan ketahanan lasak.

Dua Pembesar Suara Mudah Alih Baharu Marshall Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM456

Willen II tampil dengan reka bentuk ringan, sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Ia mempunyai lebih 17 jam masa main balik dengan satu pengecasan penuh, ditambah dengan tali pengikat yang memudahkan pergerakan. Dengan ciri kalis debu dan air IP67, Willen II sedia untuk pelbagai pengembaraan, pembesar suara ini tersedia pada harga RM456.

Screenshot 2024-09-09 172205

Emberton III, di samping lebih 32 jam masa main, menampilkan teknologi True Stereophonic yang memberikan pengalaman bunyi 360 darjah. Pembesar suara ini juga kalis air dengan penarafan IP67 dan direka untuk tahan lasak, ia dijual pada harga RM777.

Kedua-dua pembesar suara ini akan berada di pasaran mulai 12 September 2024 dan boleh didapati melalui pengedar sah seperti Flash Gadgets dan Harvey Norman, serta di kedai e-dagang rasmi di Shopee dan Lazada.

Beli pembesar suara Marshall di:

Shopee – https://invl.io/cllo8ky

Lazada – https://invol.co/cllo8l1

Sumber : Siaran Media Marshall

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Xiaomi HyperOS 2.0 Akan Dimuatkan Ciri “Enhanced Protection”
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Khas "EV" Untuk Kenderaan Elektrik
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai JPJePlate
  • MCMC Anjur Sesi Libat Urus, Dapatkan Pandangan Berhubung Pengalihan DNS
  • JAECOO Buka Pusat Pengedar 3S Pertama Di Kota Kinabalu, Sabah

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY