Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JAECOO Buka Pusat Pengedar 3S Pertama Di Kota Kinabalu, Sabah

JAECOO Buka Pusat Pengedar 3S Pertama Di Kota Kinabalu, Sabah

Diterbitkan September 9, 2024 ยท Dikemas kini September 10, 2024 oleh ariff bukhari

Jenama SUV kegunaan lasak premium, JAECOO telah melancarkan pusat pengedar pertamanya di Malaysia Timur yang terletak di Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.

Sekali gus mengukuhkan komitmen syarikat itu untuk memastikan kesediaan rangkaian perkhidmatannya.

Universal JAECOO Sdn Bhd, yang terletak bersebelahan Jalan Lintas, memaparkan rekaan luar unik berbentuk geometri yang nyata menarik perhatian ramai di jalan utama tersebut. Lokasi strategiknya yang terletak di jalan utama memudahkan kunjungan para pengguna jalan raya yang berulang-alik dari pusat bandar.

JAECOO Buka Pusat Pengedar 3S Pertama Di Kota Kinabalu, Sabah
JAECOO Buka Pusat Pengedar 3S Pertama Di Kota Kinabalu, Sabah

Dengan kapasiti untuk menerima 200 pengunjung sebulan, pusat pengedar ini dibina dan dilengkapi untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan daripada titik pembelian kepada perkhidmatan lepas jualan.

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai keselesaan termasuk ruang tamu santai untuk pelanggan yang dilengkapi kaunter kopi dan teh, sambungan Internet kelajuan tinggi dan surau.

Jadi penduduk Sabah bolehlah berkunjung ke pusat pengedar Universal JAECOO Sdn Bhd terletak di Jalan Limau Manis Iramanis, Off Jalan Lintas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah bagi melihat serta merasai sendiri pengalaman SUV premium J7.

Berkaitan

  • Wakil Pengedar JAECOO Malaysia Terima 500 Pertama SUV Premium J7
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Sumber: Siaran media JAECOO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY