Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Model Xiaomi Dengan Android One Sedang Dibangunkan, Didakwa Mi A3 & Mi A3 Lite

Dua Model Xiaomi Dengan Android One Sedang Dibangunkan, Didakwa Mi A3 & Mi A3 Lite

Diterbitkan Mac 22, 2019 oleh Haikel Areff

Android One merupakan sistem operasi Android istimewa yang digunapakai pada telefon pintar tanpa sebarang ubahsuai dari pihak pengeluar.

Antara pengeluar yang sudah menggunakannya ialah Xiaomi pada siri Mi A1 dan Mi A2 mereka sebelum ini. Berita terbaru, dua lagi model yang menggunakan sistem yang sama didakwa sedang dibangunkan mereka.

Menggunakan kod nama “bamboo_sprout” dan “cosmos_sprout” dikatakan adalah Xiaomi Mi A3 dan Mi A3 Lite. Untuk pengetahuan anda, semua peranti Android One menggunakan terma “sprout” pada kod nama mereka.

Dua Model Xiaomi Dengan Android One Sedang Dibangunkan, Didakwa Mi A3 & Mi A3 Lite
Mi A2/The Verge

Malah menurut Xda-Developers, kedua-dua model dijangka akan hadir dengan sistem imbasan cap jari dalam skrin melihat kepada ujian yang telah dijalankan terhadap mereka.

Selain itu, Xiaomi jika berkemungkinan besar akan menggunakan kamera swafoto 32MP untuk kedua-dua model berkenaan nanti.

Bagaimanapun, spesifikasi lain bagi peranti ini masih lagi menjadi tanda tanya ketika ini.

Xiaomi melancarkan Mi A2 pada Julai 2018 manakala Mi A1 pada September 2017. Maka kami menjangkakan siri Mi A3 juga mungkin bakal dilancarkan pada suku ketiga(Julai-Sept) tahun ini.

 

Sumber: Xda-Developers    GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY