Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Drone Yang Diterbangkan Tanpa Kebenaran Semasa Sukan SEA Akan Dirampas

Drone Yang Diterbangkan Tanpa Kebenaran Semasa Sukan SEA Akan Dirampas

Diterbitkan Ogos 14, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 15, 2017 oleh Haikel Areff

Pesuruhjaya Polis Persekutuan dan Pesuruhjaya Pesuruhjaya Persekutuan Datuk Zulkifli Abdullah memberi arahan kepada pemilik drone supaya meminta dahulu kebenaran dari Jabatan Penerbangan Awam sebelum menerbangkan drone semasa acara sukan SEA yang akan berlangsung seawal hari ini sehingga 31 Ogos ini.

Menurutnya lagi, arahan ini berkuatkuasa untuk menjaga privasi dan keselamatan pengunjung, para atlet dan orang kenamaan seperti menteri dan kerabat diraja.

“Menerbangkan drone tanpa kebenaran akan mendatangkan pelbagai masalah terutamanya apabila drone tidak dapat dikawal dan mungkin akan mengakibatkan kemalangan dan kecederaan kepada penonton dan atlet” Kata beliau semasa dalam satu temu ramah di Lembah Bidong, Setiu Terengganu.

Tambahnya lagi, pihak keselamatan seperti polis mempunyai hak untuk merampas drone yang tidak mendapat kebenaran. Ianya juga dilihat satu langkah yang agak sukar untuk diimplementasikan kerana drone mampu terbang dan dikawal sejauh 5-7km.

Dikhuatiri pihak mereka terpaksa menembak drone dari jauh jika perlu. Jadi kepada anda yang mahu mengambil rakaman menggunakan drone, adalah lebih baik untuk meminta kebenaran terlebih dahulu dari JPA sebelum nasi menjadi bubur. Drone bukan murah ya.

Sumber: NST

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY