Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Domino’s Akan Mula Menggunakan Khidmat Robot Untuk Menghantar Pizza

Domino’s Akan Mula Menggunakan Khidmat Robot Untuk Menghantar Pizza

Diterbitkan April 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Rangkaian kedai pizza ternama, Domino’s Pizza, dikhabarkan bakal menggunakan khidmat robot untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Pada bulan Julai 2014, sebuah syarikat yang berpengkalan di London dikenali sebagai Starship Technologies telah mencipta robot penghantar pandu sendiri.

Syarikat tersebut yang diasaskan oleh dua bekas pengasas Skype iaitu;

  1. Ahti Heinla
  2. Janus Friis

Khidmat robot penghantar enam roda ini bakal bermula di bandar-bandar terpilih di dua buah negara;

  1. Jerman
  2. Belanda

Pesanan pelanggan yang berada dalam lingkungan 1 batu (~1.6KM) dari rangkaian kedai Domino’s akan dihantar menggunakan robot tersebut.

Kenderaan automatik tersebut sudah menjalani ujian bertempat di Australia dan New Zealand pada tahun 2016 yang lepas.

Pada November yang lalu, syarikat itu turut menguji penghantaran pizza melalui dron di New Zealand.

Robot ciptaan Starship Technologies ini;

  • Dikuasakan oleh bateri
  • Hanya beroperasi di kawasan pejalan kaki (tidak pada jalanraya)
  • Kelajuan maksimum sehingga 6.5KM/j
  • Mampu membawa beban sehingga 9KG (8keping pizza, termasuk hidangan tambahan)

dominos-starship-4

Apa yang menarik ialah kargo yang membawa pizza tersebut dilindungi oleh kod yang akan dihantar ke telefon pelanggan.

Apabila robot itu sampai dirumah pelanggan, mereka hanya perlu memasukkan kod itu dan mengambilnya.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY