Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram private story likes

DM Anda Lebih Tenang, Ini Adalah Fungsi Baharu Instagram Stories

Diterbitkan Februari 15, 2022 oleh Faiz Munir

Instagram telah melepaskan satu fungsi baharu pada aplikasi mereka. Fungsi Private Story Likes ini membenarkan pengguna untuk memberikan tanda suka (like) pada Instagram Story.

Sebelum ini, jika pengguna membalas atau memberikan tanda suka pada Story, ia akan balas pada DM. Selepas fungsi baharu ini diperkenalkan, tanda suka ini tidak akan masuk ke DM pengguna lagi.

Adam Mosseri, Ketua Instagram menerusi ciapan Twitternya menerangkan yang kini pada Instagram Story akan ada ikon hati antara ruang hantar mesej dan hantaran DM. Setiap tanda suka yang diberikan juga akan dipaparkan pada halaman viewer Story.

❤️ Private Story Likes ❤️

Starting to roll out today, you can now send some love by liking people’s stories without sending a DM.

Likes on stories are private and do not have counts. Rather, they appear as hearts next to people’s handles in your Stories view sheet. 🙏🏼 pic.twitter.com/l56Rmzgnnw

— Adam Mosseri (@mosseri) February 14, 2022

Bilangan like pada Story tidak akan dipaparkan seperti tanda suka yang terdapat pada Feed. Orang lain juga tidak akan dapat melihat siapa yang menyukai Story. Disebabkan itu Instagram menggelarkannya Private Story Likes. Sekadar maklumat tambahan, anda juga boleh menetapkan untuk menyembunyikan bilangan orang suka pada gambar di Feed anda.

Buat masa ini, kemas kini ini masih lagi belum diterima di Malaysia. Namun yang pasti kita akan dapat menggunakannya tidak lama lagi.

Sumber: Adam Mosseri

Baca juga:

  • Selepas PUBG Mobile, Kini Free Fire Pula Diharamkan Di India
  • JPJ Umumkan Berita Baik Kepada Pemilik Kenderaan Elektrik Dan Kenderaan OKU
  • Kesan Jeli Pada iPad mini 6 Punca Apple Disaman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY