Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2026-10-21 11.44.37

DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419

Diterbitkan Oktober 21, 2026 oleh Amsyar Latif

DJI mengumumkan ketersediaan Osmo Pocket 4P edisi Pearl White di Malaysia mulai 21 Oktober 2026. Ia ditawarkan dalam satu konfigurasi, iaitu Standard Combo pada harga RM2,419.

Pilihan warna baharu ini tidak mengubah perkakasan asas Osmo Pocket 4P. Menurut DJI, kemasan Pearl White menggunakan pigmen berkilau yang mengandungi mika serta salutan semburan berbilang lapisan, yang menghasilkan perubahan cahaya yang halus pada pelbagai sudut dan keadaan pencahayaan.

Dari segi spesifikasi, kamera gimbal ini dilengkapi sensor CMOS 1 inci dengan dwilensa 20mm hingga 60mm. Lensa sudut lebar 20mm mempunyai apertur f/2.0 dan boleh merakam video sehingga 4K/240 fps menggunakan teknologi LOFIC.

photo_2026-10-21 11.44.38

DJI mendakwa julat dinamiknya mencapai 17 hentian, dengan sokongan video HDR 10-bit dan profil warna D-Log 2. Lensa medium-tele 60mm pula mempunyai apertur f/1.8 dengan zum optik 3× dan zum sehingga 12×. Beratnya sekitar 230 gram.

Antara ciri lain termasuk gerak perlahan sehingga 8× pada 4K/240 fps, foto sehingga 37MP, Foto Langsung 4K berdurasi 1.5 saat dan penjejakan subjek ActiveTrack 8.0. Pemindahan fail menyokong USB 3.1 pada kelajuan 800 MB/s.

Bateri dikatakan tahan sehingga 210 minit, manakala pengecasan pantas boleh mencapai 0 hingga 80% dalam 18 minit. Pemindahan media automatik ke iOS disokong untuk iPhone siri 16 atau lebih baharu yang menjalankan iOS 26.4.1 ke atas, dengan bateri kamera melebihi 15%.

photo_2026-10-21 11.44.35

Standard Combo merangkumi Osmo Pocket 4P (Pearl White), kabel USB-C ke USB-C PD (USB 3.1), Osmo Pocket 4 Fill Light (White), DJI Wrist Strap (White), Osmo Pocket 4 Handle dengan thread 1/4 inci (White) serta Osmo Pocket Pro Portable Carrying Pouch (White).

DJI Care Refresh turut tersedia. Pelan 1 Tahun berharga RM179 dengan sehingga dua kali penggantian, manakala Pelan 2 Tahun berharga RM299 dengan sehingga empat kali penggantian.

Osmo Pocket 4P Pearl White boleh dibeli melalui Kedai Dalam Talian Rasmi DJI Malaysia di djistore-malaysia.com serta pengedar sah DJI di seluruh negara.

Berkaitan

  • DJI Osmo 360 II Kini Rasmi - Rakaman 360° 8K60fps, Sensor HDR 1", Harga Bermula RM2,189
  • DJI Malaysia Lancar SDR Transmission 2, Harga Dari RM1,329

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
©2026 WISER.MY