Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bagaimana Facebook Boleh Tahu Barang Apa Yang Anda Beli?

Ini Cara Untuk Anda Mematikan Ruang Komen Di Facebook

Diterbitkan Mac 27, 2022 · Dikemas kini Ogos 12, 2022 oleh ariff bukhari

Mungkin ada dikalangan pengguna Facebook tertanya-tanya, bolehkah mereka menutup ruang komen di Facebook sepertimana ciri mematikan ruang komen yang ada dalam laman YouTube atau Instagram?

Terdapat 2 jawapan bagi persoalan itu dan jawapannya adalah boleh dan tidak boleh.

Tidak boleh untuk siaran awam dan Halaman FB

Jika anda mencari jalan untuk menutup ruang komen di Facebook peribadi anda, baik anda batalkan sahaja.

Ini kerana sehingga kini, Facebook tidak menawarkan ciri menutup ruang komen pada setiap hantaran siaran awam di ruang Facebook peribadi anda.

Berkaitan

  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM1,000 Setakat Ogos 2022
  • 5 'Game' PC Menarik Yang 'Confirm' Hadir Untuk Telefon Pintar
  • Bermula 1 September 2022, Pekerja Di Malaysia Bakal Nikmati Jam Kerja Lebih Pendek
  • Disney+ Naik Harga Dan Tambah Iklan Mulai Disember 2022

Ia termasuklah pada foto tertentu atau album yang ada di akaun Facebook anda itu.

“Unfortunately, the functionality to disable comments on your posts is not currently available. Anyone included in the privacy setting of your post will be able to view, like, and comment on your post.” Facebook.

Walaubagaimanapun, Facebook ada menawarkan tetapan yang membolehkan anda menghadkan siapa yang boleh membuat komen pada hantaran anda itu.

Tetapan itu boleh dibuat menerusi Facebook Settings & privacy > Settings > Public posts > Public post comments > Edit

Screenshot 2022-03-27 at 12.10.20 PM

Kemudian, anda boleh pilih menetapkan pihak yang boleh memberikan komen sama ada untuk Umum, Rakan kepada Rakan atau Rakan sahaja.

Begitu juga dengan Halaman FB yang anda uruskan. Facebook tidak membenarkan pengendali laman menutup ruang komen.

Sebaliknya pengendali halaman hanya ditawarkan pilihan siapa yang boleh memberi komen pada siaran tersebut.

Screenshot 2022-03-27 at 12.30.23 PM

Screenshot 2022-03-27 at 12.33.53 PM

Boleh untuk grup

Tetapi perkara sebaliknya pula ditawarkan untuk pengendali Grup FB. Facebook membenarkan ruang komen untuk grup ditutup sepenuhnya.

Anda mestilah menjadi pentadbir kumpulan atau moderator untuk mematikan pemberian komen pada siaran dalam kumpulan tersebut.
Berikut adalah cara mematikan pemberian komen pada siaran anda sendiri atau siaran dalam kumpulan yang anda tadbir atau menjadi moderator:
  • Daripada Suapan Berita anda klik Kumpulan dalam menu di sebelah kiri dan pilih kumpulan anda.
  • Pergi ke siaran yang anda ingin matikan komen.
  • Klik ikon 3 titik  di bahagian kanan dan kemudian pilih Matikan pemberian komen.

Screenshot 2022-03-27 at 12.48.56 PM

Screenshot 2022-03-27 at 12.44.07 PM

Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY