Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Asean Perlukan 184 Hari Untuk Mengesan Pelanggaran Keselamatan Siber

Terpedaya Dengan Budak Bawah Umur, Apple Dan Meta Dilapor Sudah Serah Data Pada Penggodam

Diterbitkan April 4, 2022 · Dikemas kini April 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Laporan daripada Bloomberg mengatakan beberapa syarikat seperti Apple, Meta Platforms dan Snap telah menerima dan mematuhi permintaan pihak yang mendakwa mereka wakil kerajaan, bagi menyerahkan data pengguna.

Antara butiran pengguna yang dikongsi Apple dan Meta ialah alamat, nombor telefon, alamat IP dan lain-lain. Kebiasaannya, arahan untuk syarikat menyerahkan data pengguna hadir dengan waran atau subpoena namun bagi permintaan kecemasan, ia tidak memerlukan arahan mahkamah.

Snap, syarikat induk Snapchat bagaimanapun tidak dapat dipastikan jika mereka juga telah menyerahkan data pada penyamar.

Penyelidik keselamatan siber percaya penggodam yang menyamar sebagai wakil kerajaan ini ialah individu bawah umur yang tinggal di UK dan AS. Salah seorang daripada mereka mungkin ialah orang penting bagi organisasi Lapsus$ yang telah menjadikan Microsoft, Samsung, Nvidia sebagai mangsa mereka.

Selain itu, ahli daripada kumpulan yang dinamakan ‘Recursion Team‘ juga dipercayai terlibat dalam perbuatan permintaan palsu ini sejak tahun lalu, menurut 3 individu yang terlibat dalam penyiasatan. Kumpulan ini sudah tidak aktif namun ada ahlinya yang bergerak di bawah nama lain termasuk Lapsus$.

Apa yang penggodam lakukan dengan maklumat diperolehi? Dengan data pengguna, mereka boleh menggunakannya untuk mengganggu mangsa selain membantu untuk melepasi keselamatan sistem kewangan. Mudahnya, mereka dapat mencuri wang melalui kaedah digital tanpa pengetahuan mangsa.

Wakil Apple dan Meta berkata syarikat mereka mengamalkan SOP yang tertentu bagi memastikan arahan dan permintaan data yang dikeluarkan adalah sahih.

CEO Resecurity berkata bahawa e-mel agensi kerajaan yang telah digodam dijual di pasaran gelap dark web pada harga serendah $10 (~RM40) bersama kuki atau cecikut (cookies) dan metadata.

Beberapa badan kerajaan telah dijadikan sasaran berikutan kelemahan (vulnerability) dalam pelayan Microsoft Exchange.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY