Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ukraine Dakwa Russia Lakukan Serangan Siber Ke Atas Mereka

Posted on Februari 16, 2022Februari 16, 2022

Reuters melaporkan Ukraine telah mengalami serangan siber dengan mendakwa insiden itu mungkin dilancarkan oleh pihak Russia.

Menjadi mangsa serangan siber itu adalah laman sesawang Kementerian Pertahanan, pasukan tentera dan dua bank utama di negara tersebut.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan di 2 bank itu telah kembali pulih. Sementara laman sesawang ketenteraan negara itu pula masih memaparkan mesej ia sedang diselenggara.

Serangan siber itu berlaku ketika ketegangan antara 2 negara tersebut masih belum reda.

Kerajaan Russia dikhabarkan telah menghantar lebih daripada 100,000 tenteranya di sempadan negara tersebut yang didakwa bersedia untuk melancarkan serangan ke atas Ukraine.

Tetapi dakwaan itu dinafikan oleh pihak Russia.

Amerika Syarikat menerusi Presidennya, Joe Biden telah menegaskan bahawa mereka dan sekutunya akan bertindak balas ke atas Russia sekiranya Ukraine diserang.

Ketegangan antara Ukraine dan Russia memuncak apabila Presiden Russia, Vladimir Putin mendesak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) supaya tidak menerima Ukraine sebagai ahlinya.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank
  • Ini Yang Patut Anda Lakukan Kalau Dapat Mesej Palsu Shopee Di WhatsApp
  • MCMC Nasihatkan Pengguna Media Sosial Segera Aktifkan Ciri Pengesahan 2 Faktor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress