Sebelum ini ada laporan mengatakan aplikasi pihak ketiga tidak dapat manfaat ProMotion 120Hz yang hadir pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.
Dikatakan ketika menatal, 120Hz dapat dirasai tetapi kebanyakan animasi atau kesan khas dalam aplikasi pihak ketiga diterhadkan kepada 60Hz sahaja. Perkara ini tidak berlaku terhadap aplikasi daripada Apple sendiri.
Am I correct in seeing that UIView.animateWithDuration APIs aren't clocked at 120Hz on iPhone 13? On UIScrollView, system ones, and Metal by the looks of it, rest is still 60Hz? pic.twitter.com/t3MeM9cj0E
— Christian Selig (@ChristianSelig) September 24, 2021
Oleh yang demikian, Apple tampil memberi maklum balas berkaitan perkara ini. Apple menyatakan pembangun aplikasi pihak ketiga perlu mengemaskini aplikasi mereka mengikut dokumen yang dikongsikan Apple.
Selain itu, terdapat juga pepijat yang memberi kesan terhadap animasi dalam aplikasi yang menyebabkan pengalaman penggunaan kadar segar semula 120Hz terbantut dan ia akan diselesaikan pada kemas kini iOS 15 nanti.
Apa-apa pun, bagi anda yang berminat, siri iPhone 13 boleh membuat pra-tempah mulai 1 Oktober ini.
Sumber: 9to5mac
Baca juga:
- iPhone Akan Datang Mungkin Tiada Lagi Sambungan Berwayar
- Keterujaan Naik Taraf iOS 15 Sedikit Berkurang Berbanding iOS 14
- Ini Sebab Kenapa Ramai Yang ‘Kecewa’ Dengan iPadOS 15