Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 12 pro max

DisplayMate Tabalkan iPhone 12 Pro Max Skrin Terbaik Setakat Ini

Diterbitkan November 18, 2020 oleh Meor Hasyim

DisplayMate merupakan organisasi yang menguji kemampuan dan kehebatan skrin sesebuah alat elektronik. Sebelum ini mereka telah menabalkan OnePlus 8T sebagai telefon dengan skrin terbaik.

Namun terkini, juara baru telah muncul iaitu iPhone 12 Pro Max dengan memproleh skor A+ dalam gred prestasi skrin.

Menurut DisplayMate, antara kekuatan skrin iPhone 12 Pro Max adalah kalibrasi warna yang sangat tepat, kontras imej yang tinggi, kecerahan sebuah panel OLED yang sangat bagus, dan pantulan cahaya yang rendah.

Antara ulasan dari segi aspek lain adalah walaupun panel iPhone 12 Pro Max hanya mempunyai kadar segar semula setakat 60Hz, skrinnya mempunyai reaksi OLED yang pantas apabila berinteraksi memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan.

Dari segi spesifikasi, iPhone 12 Pro Max hadir dengan skrin berukuran 6.7 inci dengan resolusi 1284 x 2778 OLED, kepadatan pixel 458 ppi, dan kecerahan maksimum 1200 nits.

Sumber: DisplayMate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY