Jika anda peminat kipas susah mati filem 'Star Wars', sedang mencari pekerjaan, apa kata anda hadir ke uji bakat Disneyland untuk menjadi salah seorang Stormtroopers.
Taman tema Disneyland kini sedang mengadakan uji bakat kepada para peminat filem 'Star Wars' di mana mereka inginkan anda memegang watak askar Stromtroopers.
Ia bersempena dengan pembukaan ruang taman tema baru "Star Wars: Galaxy's Edge," di Disneyland California yang dirancang akan mula dibuka kepada pengunjung pada 31 Mei ini nanti.
Deskripsi syarat bagi watak itu memerlukan anda mestilah mempunyai ketinggian antara 5'10" dan 6 kaki tinggi serta mampu menghidupkan watak tersebut dengan menarik.
Uji bakat ini akan diadakan di Onstage Dance Center, Downey, California, U.S dari jam 9:30 pagi bagi sesi pagi dan dari 2.00 petang bagi sesi tengahari.
Atau jika anda inginkan watak-watak lain seperti karektor-karektor popular yang kini telah dimiliki Disney, bolehlah layari laman DisneyCareers.com
Berkaitan dengan filem terbaru "Star Wars: The Rise of Skywalker" pula, ia dijangka akan mula ditayangkan di seluruh dunia dalam bulan Disember tahun ini. Ia merupakan filem ke-9 Star Wars dan juga yang terakhir yang akan menjadi penutup kepada saga filem epik tersebut.
Sumber: abc7.com
Berkaitan
- Facebook Menawarkan Tema Star Wars Untuk Aplikasi Messenger
- SpaceX Sasar Uji Sistem Selular Starlink Dengan 840 Satelit
- Pra Tempah Set Setem Edisi Terhad Dan Pek Istimewa Filem Star Wars: The Rise of Skywalker
- Misi Lestari Alam Acer Menerusi Komputer Riba Aspire Vero, Dikuasakan Intel Gen-12
- Malaysia Terawal Ditawar Perkhidmatan Starlink Berbanding Negara Jiran Yang Lain
- Satelit Starlink Lakukan Lebih 1,700 Kali Pergerakan Bagi Mengelak Serpihan Misil Anti Satelit Rusia
- Astro Perkenalkan Aplikasi Disney+ Hotstar Di Ulti Box, Tersedia Mulai Hari Ini
- Selepas Diberi Percuma, 'Star Wars Battlefront 2' Telah Dimuat Turun 19 Juta Pemain
- Saintis Sahkan, Satelit Starlink 'Kebocoran' Radiasi Gelombang Radio
- Huawei Dan Celcom Berkolaborasi Lancar RuralStar Pro Di Bera, Pahang