Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney Akhirnya Berjaya Membeli 21st Century Fox

Disney Akhirnya Berjaya Membeli 21st Century Fox

Diterbitkan Mac 20, 2019 · Dikemas kini Mac 20, 2019 oleh Haikel Areff

Syarikat Disney telah berusaha untuk membeli syarikat penerbitan kandungan media terkemuka, 21st Century Fox sejak lebih setahun lalu.

Terkini, dengan bayaran sejumlah $71.3 bilion(~RM290.4 bilion), akhirnya penambil-alihan tersebut menjadi kenyataan.

Disney Akhirnya Berjaya Membeli 21st Century Fox
The Times

Pembelian ini bermakna Disney kini telah menguasai seluruh divisyen studio filem Fox, Fox Televisyen Group serta 30% pegangan mereka dalam perkhidmatan penstriman Hulu.

Bagaimanapun, fokus Disney masih tertumpu pada aset perfileman 20th Century Fox yang melibatkan pelbagai siri filem dan rancangan televisyen.

Selain itu, mereka juga bercadang untuk mengintegrasikan francais seperti Deadpool dan X-Men ke dalam Marvel Universe di masa akan  datang serta mahu membawa perkhidmatan Hulu ke peringkat global.

Feels like the first day of ‘Pool. pic.twitter.com/QVy8fCxgqr

— Ryan Reynolds (@VancityReynolds) March 19, 2019

Dalam pada itu, pelakon watak Deadpool, Ryan Reynolds telah membuat satu kicauan khas di akaun Twitter-nya dengan memakai “telinga” Mickey Mouse sempena perkembangan ini.

Pengambil-alihan ini berkuat-kuasa mulai hari ini, 20 Mac dan ia adalah perkembangan yang menarik bagi industri filem antarabangsa.

 

Sumber: Variety

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY