Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Diskaun Baucar Sehingga RM300 Sempena Pelancaran Kedai Atas Talian MSI Di Lazada

Diskaun Baucar Sehingga RM300 Sempena Pelancaran Kedai Atas Talian MSI Di Lazada

Diterbitkan Ogos 1, 2017 · Dikemas kini Ogos 1, 2017 oleh Helmi Samsuri

MSI, suatu nama yang tidak asing lagi dalam pasaran komputer dan laptop dalam mahupun luar negara kini telah memperluaskan lagi pasaran mereka dengan pelancaran kedai atas talian di Lazada.

Bersempena dengan pelancaran itu, MSI Malaysia mengadakan promosi menarik dengan tawaran seperti diskaun dari RM200 hingga RM300 dan pemberian barangan secara percuma bagi pembelian di kedai atas talian itu.

Promosi akan berlangsung selama dua minggu bermula pada 1 Ogos hingga 13 Ogos 2017. Menurut laman Lowyat.net, terdapat 5 buah komputer riba permainan diberikan diskaun, antaranya adalah…

  • GE62VR,
  • GP62VR,
  • PE70, dan
  • dua buah model GL62M

Diskaun Baucar Sehingga RM300 Sempena Pelancaran Kedai Atas Talian MSI Di Lazada

Awal Mac yang lalu, syarikat yang berpengkalan dari Taiwan itu turut membuka kedai atas taliannya sendiri bagi pasaran dalam negara, dan dengan pembukaan kedai rasmi di Lazada, rakyat Malaysia diberikan beberapa pilihan platform untuk membeli secara atas talian.

Sumber: Lazada, Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY