Secara purata, Twitter kehilangan sebanyak 6 juta pengguna aktif dari tahun ke tahun.
Twitter Inc. hari ini telah membentangkan kedudukan kewangan suku pertama mereka bagi tahun 2019.
Twitter dalam laporan mereka hari ini menyatakan bahawa, syarikat mereka telah berjaya meningkatkan perolehan dan keuntungan menerusi pengiklanan, perlesenan data dan lain-lain.
Nilai keseluruhan hasil yang diperolehi Twitter daripada servis-servis mereka telah meningkat sebanyak 18% dari tahun ke tahun kepada USD787 juta bagi suku pertama tahun ini.
Peningkatan hasil tersebut telah melonjakkan harga saham Twitter sehingga 7% dipasaran pra perdagangan.
Ia sekaligus mengatasi jangkaan penganalisis mengenai hasil dan pendapatan sesaham Twitter Inc. bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini yang mana mereka pada awalnya hanya menjangkakan hasil purata yang akan diperolehi Twitter hanyalah setakat USD775.23 juta sahaja.
Walaubagaimanapun, disebalik peningkatan hasil tersebut, Twitter melaporkan secara purata, mereka kehilangan sehingga 6 juta pengguna aktif dari tahun ke tahun.
Pengguna Twitter di Malaysia meningkat, tapi...
Menurut data daripada Statista, pengguna aktif Twitter di Malaysia pada tahun 2014 hanya berjumlah 1.5 juta sahaja. Tetapi ia terus meningkat dari tahun ke tahun.
Tetapi peningkatan tersebut boleh dikatakan sebagai sangat sedikit. Ini kerana bagi tahun 2019 ini, pengguna aktif Twitter di Malaysia hanyalah seramai 2.4 juta sahaja sejak 2014 yang lalu.
Peningkatan sebanyak 900 ribu sahaja pengguna aktif dalam tempoh 5 tahun ini bolehlah dikategorikan sebagai perlahan.
Sekadar perbandingan
Jika hendak dibandingkan antara pengguna aktif di laman sosial Twitter, Facebook dan Instagram, perbezaannya adalah amat jauh sekali.
Sebagai perbandingan, pengguna aktif di laman sosial Facebook pada tahun lepas adalah seramai 1.5 bilion pengguna setiap hari. Instagram pula mempunyai pengguna aktif seramai 500 juta pengguna yang hanya melayari Stories sahaja setiap hari.
Tetapi Twitter pula hanya dilayari oleh pengguna aktif mereka yang seramai 330 juta pengguna sahaja setiap bulan untuk suku pertama 2019 ini.
Sumber: Business Insider
Berkaitan
- Seorang Remaja Di Sarawak Dipercayai Membunuh Diri Selepas Bersandarkan Pada Undian Instagram Yang Diciptanya
- Secara Rasminya Peranti iOS dan Android Kini Boleh Mengaktifkan Mod Gelap Aplikasi Facebook Messenger
- Aktifkan Tema Gelap Facebook Dengan Menggunakan Aplikasi Swipe For Facebook
- Beberapa Negara Mengalami Masalah Mengakses Laman Facebook, Instagram, Messenger Dan WhatsApp
- Facebook Masih Kekal Sebagai Rangkaian Media Sosial Paling Popular Di Dunia
- Facebook Mengesahkan Jutaan Kata Laluan Pengguna Instagram Disimpan Dalam Format Yang Boleh Dibaca
- Twitter Menggantung Akaun BermanaTV
- Instagram Kini Dimuatkan Ciri Yang Dapat Membantu Pengguna Mengenal Pasti E-mel Palsu
- Sebanyak 419 Juta Nombor Telefon Pengguna Facebook Dilaporkan Terdedah Di Atas Talian
- Elon Musk Dakwa IQ Pengguna Instagram Kurang Dari 100