Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dikatakan Berat Sebelah, Google Dilapor Telah Disaman Orang Berkulit Hitam

Dikatakan Berat Sebelah, Google Dilapor Telah Disaman Orang Berkulit Hitam

Diterbitkan Mac 21, 2022 oleh Anis Maisarah

Google dilaporkan telah disaman oleh bekas pekerjanya bernama April Curley yang berkulit hitam kerana budaya berat sebelah. Dia telah menuntut ganti rugi untuk amalan diskrimanasi kaum di tempat kerja walau bagaimanapun, Google masih tidak memberi sebarang komen tentang dakwaan tersebut.

Menurut April Curley, dia telah dipecat oleh Google pada tahun 2020 setelah bertindak berani menentang dan menyeru pembaharuan sekatan dan standard yang dikenakan oleh Google kepada pekerja dan pemohon kerja yang berkulit hitam.

Seorang lagi lelaki berkulit hitam juga mendakwa bahawa Google telah melakukan diskriminasi terhadap kaum dengan pemberian gaji yang rendah dan menafikan kebolehan orang berkulit hitam dalam memimpin. Pada awalnya, mereka dijanjikan dengan pelbagai tawaran mereka tetapi akhirnya memungkiri perkara tersebut.

Ketika temu duga, pemohon berkulit hitam juga diberikan soalan yang tidak sesuai dengan tahap mereka sehingga menjejaskan prospek pengambilan pekerjaan mereka. Mereka juga dianggap tidak cukup ‘Googly’ untuk berkerja dengan Google.

Tenaga kerja Google Amerika Syarikat terdiri daripada lebih 50% orang yang berkulit putih, 42% orang Asia, 6.4% orang Latin, 4.4% orang berkulit hitam dan 0.8% orang Asli Amerika.

Sumber : Forbes

Baca juga :

  • Lepas Ini, Google Docs Boleh Buat Draf Dan Hantar E-mel
  • Dianggap Langgar Garis Panduan, Google Buang Aplikasi ‘Hijrah Diri’ JAKIM Dari Play Store
  • Cara Menonton Kandungan Google Drive Pada “Android TV”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY