Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lepas Ini, Google Docs Boleh Buat Draf Dan Hantar E-mel

Lepas Ini, Google Docs Boleh Buat Draf Dan Hantar E-mel

Diterbitkan Mac 18, 2022 oleh Anis Maisarah

Google telah melancarkan satu ciri baharu dalam Google Docs yang membolehkan pengguna melakukan draf e-mel dan menghantar e-mel melalui Google Docs. Ciri ini merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Smart Canvas‘ yang pernah diumumkan oleh Google.

Ciri ini bertujuan untuk melancarkan gabungan perisian Google Meets, Google Docs dan Gmail. Templat e-mel boleh diakses dengan simbol hanya menaip simbol ‘@’. Seterusnya, anda hanya perlu taip ‘Email Draft’ sebelum meletakkan e-mel penerima. Kemudian, anda boleh teruskan dengan buat draf e-mel dan satu klik di bahagian atas, kiri kotak di Google Docs.

Lepas Ini, Google Docs Boleh Buat Draf Dan Hantar E-mel

Pelancaran ciri ini akan tersedia kepada semua pengguna Google Workspace, G Suite Basic dan Business. Sekurang-kurangnya 15 hari masa yang diperlukan untuk pelancaran ciri ini secara berperingkat bermula dari 15 Mac 2022. Bagi pelancaran lanjutan pula dijangkakan mengambil masa lebih daripada tempoh 15 hari bermula 22 Mac 2022.

Sumber : Google

Baca juga :

  • Ciri Baharu Google Forms Boleh Memudahkan Kerja Anda Selepas Ini
  • Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode
  • Google Maps Bagi Lokasi Kurang Tepat? Ini Penyelesaiannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY