Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14

Dijangka iPhone Tahun Hadapan Hadir Dengan Storan Hingga 2TB

Diterbitkan Oktober 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Mungkin pada saat ini sudah ramai yang sudah melakukan pra-tempahan siri iPhone 13 dan nampaknya storan 1TB juga habis licin “disapu”.

Terbaru, terdapat spekulasi mengatakan Apple akan menaik taraf 2 kali ganda storan yang ditawarkan pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang mana model tahun hadapan mempunyai storan dalaman sehingga 2TB.

Bagaimanapun, ia tidak dinyatakan model yang manakah bakal menerima storan sebesar itu. Akan tetapi mungkin model Pro yang diberikan kelebihan tersebut memandangkan Apple gemar buat perkara sebegitu.

Tambahan lagi, strategi tersebut mungkin dikaitkan dengan fungsi baharu yang ada dalam siri iPhone 13 Pro, iaitu ProRes. Seperti yang diketahui format itu memang mengambil ruang storan yang amat besar.

Bercakap tentang iPhone 14, laporan sebelum ini ada menyatakan Apple bakal memberi nafas baharu buatnya terutama dari segi rupa bentuk serta tiada takuk.

Sumber: MyDrivers

Baca juga:

  • Apple Terus Mengungguli Pasaran Telefon Pintar Premium, Tinggalkan Samsung Dan Huawei
  • Skor Awal Tanda Aras Prestasi iPhone 13 Menunjukkan Ia Jauh Meninggalkan Telefon Pintar Android
  • DisplayMate: Paparan Terbaik Telefon Pintar Setakat Ini Adalah iPhone 13 Pro Max

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY