Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-09-15 at 01.59.20

iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max Diumumkan, Kini Dengan ProMotion 120Hz

Diterbitkan September 15, 2021 · Dikemas kini September 15, 2021 oleh ariff bukhari

Model telefon pintar terbaru paling pro dari Apple iaitu iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max diumumkan hari ini.

Apple mendakwa, iPhone 13 Pro kini 50% lebih pantas dari pesaingnya. Kedua-dua model iPhone 13 Pro ini dikuasakan oleh cip Apple A15 Bionic.

Screenshot 2021-09-15 at 2.01.18 AM

Skrin Super Retina XDR nya juga kini dengan ciri ProMotion yang menyokong kadar segar sehingga 120Hz.

iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max Diumumkan, Kini Dengan ProMotion 120Hz

Kamera iPhone 13 Pro juga dipertingkatkan di mana ia menggunakan lensa Telephoto 77mm, ultra lebar dan lensa lebar terbaru serta ketiga-tiga kamera utamanya menyokong ciri mod Malam.

Malah Kamera iPhone 13 Pro juga kini menyokong ciri macrophotography terbaru yang membolehkan kamera iPhone 13 Pro rapat kepada subjek sehingga 2cm.

Screenshot 2021-09-15 at 02.13.48

Apple mendakwa, bateri iPhone 13 Pro Max kini mampu bertahan sehingga 2.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 Pro Max.

iPhone 13 Pro berharga dari RM4,899.00 dan iPhone 13 Pro Max berharga dari RM5,299.00

Screenshot 2021-09-15 at 02.14.52

Pilihan storan iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max bermula dari 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB.

Pra tempah 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max dibuka dari hari Jumaat ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY