Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi’s CXO Apprentice 2018-2019 with Digi’s Senior Management

Digi Buka Program Latihan Siswazah, Bakal Ditutup Pada 14 Jun Ini

Diterbitkan Mei 13, 2019 · Dikemas kini Mei 14, 2019 oleh Helmi Samsuri

Memasuki tahun keempat, Program Perintis CXO Digi kini kembali dibuka yang mana syarikat pengendali rangkaian itu sedang mencari graduan baru tempatan yang celik digital dan inovatif.

Seramai 8 perantis akan dipilih dan diletakkan dibawah bimbingan Ketua Pegawai Digi (CXO) sebagai mentor untuk memberi peluang meraih pengalaman dalam pengurusan perniagaan sebenar.

Permohonan bagi Program Perantis CXO Digi Tahun Keempat 2019 telah dibuka dan akan ditutup pada 14 Jun 2019. Sekitar Jun dan Julai pula, calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam penilaian berasaskan permainan, penilaian fungsian dan temuduga bersama CXO  Digi. Seramai 8 orang perantis akan dipilih untuk memulakan latihan pada bulan Ogos.

Siapa yang boleh memohon?

  • Pelajar universiti tahun akhir yang sedang menamatkan semester akhir mereka di peringkat ijazah sarjana muda, atau siswazah baharu yang telah bekerja selama kurang dari satu tahun dengan latar belakang daripada mana-mana bidang
  • Terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja
  • Berkomunikasi dengan baik dan dengan penuh keyakinan
  • Bersemangat tinggi untuk berjaya dan mengatasi cabaran
  • Mempunyai sikap kolaboratif
  • Dapat mengutarakan sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaiannya
  • Berkeinginan bekerja untuk syarikat digital
  • Inovatif dan celik teknologi
  • Menguasai digital dan boleh bekerja dengan tangkas

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon program Perantis CXO Digi, sila layari Digi – CXO Apprentice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY