Sejak awal bulan Mac, ramai pengguna Facebook yang ‘bengang’ setelah mereka dikunci atau log out dengan sendiri daripada menggunakan akaun peribadi mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka telah mendapat e-mel yang meminta mereka untuk menghidupkan ciri Facebook Protect.
Oleh kerana e-mel tersebut dihantar melalui alamat e-mel ‘[email protected]‘, pengguna Facebook mengabaikannya. Pengguna menganggap e-mel tersebut sebagai ‘spam’ dan kelihatan seperti sebuah e-mel ‘scam’.
E-mel tersebut seolah-olah memberi ugutan kepada pengguna bahawa jika pengguna Facebook tersebut tidak melakukannya, mereka tidak dapat menggunakan akaun mereka. Menerusi aplikasi Twitter, salah seorang pengguna Facebook telah memberi ciapan tentang perasaan tidak puas hati mereka berkenaan dengan perkara tersebut.
I got locked out from Facebook indefinitely today because I didn’t respond to emails from FB (that looked like a scam) about its new Facebook Protect system, which I was required to enable by today. So far, the text and security key options don’t work, many report. pic.twitter.com/0aXbiqzLv7
— Liv. (@Olivia_Thiessen) March 18, 2022
Tapi sebenarnya, e-mel ‘spam’ tersebut merupakan satu ciri baru yang ditetapkan oleh pihak Facebook untuk melindungi akaun pengguna. Melalui pengesahan dwi-faktor (2FA), pengguna akan dapat dilindungi dan dipantau daripada digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Pengguna Facebook yang terkesan telah mengalami kesukaran untuk masuk semula ke dalam akaun Facebook mereka. Terdapat juga aduan lain seperti proses pengaktifan mereka tidak berfungsi walaupun masih belum tamat tempoh sehingga menyebabkan mereka dikunci daripada menggunakan akaun sendiri.
Facebook diharap agar dapat membetulkan perkara ini secepat mungkin untuk memudahkan pengguna Facebook kembali menggunakan aplikasi tersebut.
Sumber : The Verge
Baca juga :