Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
off live fb

Rimas Dengan Notifikasi ‘Live’ Di Facebook? Ini Cara Matikannya

Diterbitkan Mac 14, 2022 · Dikemas kini Mac 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sejak pandemik bermula lagi, jualan dalam talian melalui sesi penstriman langsung sudah mula dipelopori peniaga tempatan. Sebut sahaja jamu, produk kosmetik, pakaian, jam tangan, hampir semua jenis perniagaan ada sahaja peniaga melangsungkan sesi ‘live’ di Facebook.

Disebabkan Facebook menggunakan data pengguna untuk mengekalkan pengguna di laman mereka, jadi algoritma mereka akan menghantar notifikasi ‘live’ yang dilangsungkan sama ada akaun yang digemari anda mahupun yang tidak pernah diterokai. Ini menyebabkan notifikasi pengguna dipenuhi dengan perkara yang tidak diingini dan menyemakkan ruang.

Ini langkah untuk mematikan notifikasi ‘live’ di melalui aplikasi Facebook:

Buka aplikasi Facebook, tekan ‘Menu‘ dan kemudian klik ikon gear di hujung kanan atas iaitu ‘Settings’.

off live fb

Seterusnya tekan ‘Notifications’.

Rimas Dengan Notifikasi ‘Live’ Di Facebook? Ini Cara Matikannya

Kemudian klik ‘Video‘

Rimas Dengan Notifikasi ‘Live’ Di Facebook? Ini Cara Matikannya

Matikan ‘Allow notifications on Facebook‘.

photo_2022-03-14_16-57-37 (2)

Selesai.

Mahu melakukannya melalui laman sesawang? Ikuti langkah ini.

  1. Di laman web Facebook, tekan anak panah di hujung kanan.
  2. Klik ‘Settings and Privacy‘.
  3. Klik ‘Settings‘.off live 1
  4. Tatal sehingga jumpa Notifications dan klik padanya.
  5. Tatal dan klik pada Video.
  6. Matikan ‘Allow notifications on Facebook’.off live 2

Selesai.

Dengan ini, kesemua live dijalankan oleh mana-mana akaun tidak lagi akan dihantar notifikasi. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda bersosial di alam maya dengan tenang.

Baca juga:

  • Sering Dimasukkan Ke ‘Group’ Aneh Dan ‘Scam’ Di Telegram? Ikuti Langkah Ini Untuk Kekal Selamat
  • Jangan Tertipu Dengan Diskaun, Ini Cara Semak Perubahan Harga Jualan Shopee & Lazada
  • Pengguna iPhone? Ini Cara Rakam Video Sambil Mainkan Lagu Di ‘Background’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY