Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Diablo Immortal

Diablo Immortal Sudah Tersedia Untuk Dimuat Turun

Diterbitkan Julai 8, 2022 oleh Firdaus

Diablo Immortal telah dilancarkan pada awal Jun yang lepas di peringkat global dan kawasan rantau Asia Tenggara kita ini sepatutnya menerima pelancaran pada 22 Jun lalu. Tetapi pihak pembangun telah menangguhkan ketersediaan untuk dimuat turun game ini atas sebab-sebab yang penting.

Diablo Immortal

Selain itu, Blizzard juga tidak memberi tarikh baharu untuk pelancaran kawasan rantau Asia Tenggara ketika mengumumkan berita penangguhan tersebut. Tetapi, pada hari Jumaat 8 Julai, Diablo Immortal telah tersedia untuk dimuat turun di kedua-dua platform Android dan iOS.

WhatsApp Image 2022-07-08 at 2.56.50 PM
Play Store
Diablo Immortal
App Store

Walau bagaimanapun, ingin saya ingatkan bahawa anda juga perlu memuat turun fail tambahan sekitar 10GB (mungkin berbeza bergantung kepada jenis peranti) selepas anda memasuki game ini.

Diablo Immortal
Diablo Immortal

Di samping itu, Diablo Immortal juga menerima pelbagai kritikan kerana isu di mana pemain perlu berbelanja ratusan ribu ringgit hanya untuk memaksimumkan satu karakter sahaja.

Oleh sebab itu, Diablo telah berjaya mengutip lebih RM100 juta dalam masa 2 minggu sahaja selepas pelancarannya. Setelah saya memuat turun dan mencubanya, saya tidak nafikan Diablo Immortal merupakan sebuah permainan mudah alih baharu yang sungguh menarik, unik dan berbaloi untuk anda cubanya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY