[DEMO]Dengan Teknologi Ray Tracing Di Dalam NVIDIA RTX, 21 Permainan Ini Menyokong Fungsi Ini Di Dalam Permainan Mereka

Semasa pelancaran kad grafik NVIDIA RTX yang terbaru, mereka juga mengumumkan beberapa permainan yang sudah menyokong fungsi ray tracing yang terdapat di dalam kad grafik tersebut.

NVIDIA menyenaraikan sebanyak 21 permainan terbaru yang telah menggunakan teknik ray tracing dalam enjin permainan mereka yang akan keluar tidak lama lagi.



Mereka juga menayangkan beberapa demo eksklusif yang menggunakan teknik ray tracing mereka:

https://youtu.be/k12cf15VvV4

https://youtu.be/Ww8DlOkpqEQ

https://youtu.be/2NsdM1VS5u8

Kesemua ini dapat dicapai menggunakan RT Cores yang hanya boleh didapati di dalam kad RTX terbaru NVIDIA. Bersama perkakasan yang sesuai dan perisian seperti DirectX Raytracing (DXR) API membolehkan era baru di dalam dunia gaming.

Demo juga membabitkan sedikit babak di dalam Star Wars yang boleh dilihat di bawah:

https://youtu.be/J3ue35ago3Y

Tidak cukup dengan RT Cores, kad Turing ini juga dilengkapi dengan Tensor Cores yang membolehkan pemprosesan rangkaian deep neural yang digabungkan bersama teknik yang dipanggil Deep Learning Super-Sampling (DLSS). 

Maknanya, teknik Deep Learning dan A.I akan melicinkan kerja-kerja rendering bagi menghasilkan objek di dalam permainan yang lebih licin dan sekata.

NVIDIA juga menyatakan terdapat pelbagai aplikasi yang dapat digunakan bersama-sama DLSS di dalam permainan seperti Serious Sam 4: Planet Badass, Final Fantasy XV, Hitman 2 dan banyak lagi.

Sumber