Google kini telah mengumumkan mereka akan berkerjasama dengan syarikat seperti Hulu untuk menghasilkan pengisian 360 darjah yang akan menghasilkan platform VR untuk dinikmati oleh semua.
Sementara HTC Vive dan Oculus Rift mempunyai kesukaran untuk menembusi dunia VR, Daydream memberi peluang untuk ke semua pengguna telefon pintar yang sesuai untuk merasai pengalaman VR. Dengan ini, pasti ia akan menarik lebih ramai pengguna telefon pintar untuk mencuba VR.
Hulu yang kini berusaha untuk memperkenalkan pengisian 360 darjah, sedang menunggu Google untuk mengumumkan servis VR terbaru mereka. Daydream akan dilancarkan bersama peranti Google Nexus di dalam masa yang terdekat ini.
Bersama Hulu ,akan didatangkan juga pengisian baru dari Google. Syarikat itu akan mempamerkan beberapa artis dari Youtube seperti Dolan Twins dan Justine Ezarik untuk menghasilkan beberapa pilihan video 360 darjah. Kepada pembuat filem, Google meletakkan beberapa syarat ketat untuk Daydream digunakan seperti pembuat filem haruslah menggunakan kamera 16 rig seperti Go Pro Odyssey.
Ianya pasti akan menyeronokkan dengan platform baru dari Google ini yang akan merevolusikan VR di dalam peranti telefon pintar. Daydream pastinya akan menjadi sambutan hangat dan menarik lebih ramai untuk merasai pengalaman baru di dunia VR.
Berkaitan
- Twitch Menjadi Laman Sesawang Terbaru Dihalang Di China
- Telefon BlackBerry Aurora [Made In Indonesia] Sudah Mula Dipasarkan ke Seluruh Indonesia
- Axon 9 Pro Dengan Rekaan Takuk Mewarnai Kemunculan Semula ZTE Ke Pasaran
- IDC Mengumumkan Penjualan Vivo Menyumbang Kepada Lebih 50% Dalam Pasaran China
- Rasmi - Facebook Rugi Lebih RM 400 Billion Dalam Masa Satu Hari
- #MWC2019- Peranti 5G Dua Skrin Dan Pengimbasan Tapak Tangan
- Sony Dikhabarkan Bakal Hadir Dengan Peranti 6 Kamera Belakang
- BlackBerry Berhenti Membina Telefon
- Pengguna 6 Model Xperia XZ Bakal Terima Kemaskini Android P Bermula Bulan Depan
- Samsung Akan Melancarkan Peranti Z2 Tizen Dalam Masa Terdekat Ini.