Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Data Setengah Bilion Pengguna LinkedIn Bocor, Dijual Dalam Talian

Data Setengah Bilion Pengguna LinkedIn Bocor, Dijual Dalam Talian

Diterbitkan April 9, 2021 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, kita dikhabarkan mengenai isu sejumlah 553 juta data pengguna Facebook yang kembali hangat diperkatakan berikutan dibocorkan secara dalam talian dan boleh diakses secara percuma.

Terbaru, data daripada 500 juta pengguna LinkedIn pula dilaporkan telah bocor dan dijual secara dalam talian. Dengan jumlah pengguna LinkedIn sebanyak 740 juta, ini bermakna kebocoran tersebut melibatkan dua pertiga daripada data pengguna platform itu.

Antara data yang terlibat termasuk akaun ID, nama penuh, alamat e-mel, nombor telefon, data mengenai pekerjaan dan pautan ke platform sosial media yang lain.

LinkedIn data leak
Contoh data yang dibocorkan

Dalam pada itu, jurucakap LinkedIn melalui Business Insider juga telah mengesahkan terdapat sejumlah set data dibocorkan dari platform tersebut. Buat masa ini, ia masih dalam siasatan dan LinkedIn menyatakan kebocoran data tersebut hanya melibatkan maklumat yang boleh dilihat secara umum.

Dengan kebocoran data ini, seseorang mungkin boleh menyamar sebagai anda. Bagi anda yang mempunyai akaun LinkedIn, adalah disarankan untuk mengambil langkah berhati-hati dan menukar kata laluan baharu.

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY