Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tema gelap

Dark Reader Mengaktifkan Tema Gelap Pada Semua Laman Sesawang Yang Anda Lawati

Diterbitkan Disember 26, 2019 · Dikemas kini Disember 26, 2019 oleh ariff bukhari

Percuma untuk Chrome dan Firefox, berbayar untuk Safari.

Sepanjang tahun ini, tema gelap boleh dikatakan antara ciri yang popular di dalam dunia teknologi khususnya berkaitan antaramuka sistem dan aplikasi. Begitu juga dengan pembangun pelayar laman sesawang yang mula perkenalkan ciri tema gelap pada aplikasi pelayar mereka.

Walaubagaimanapun, tema gelap bagi pelayar sesawang hanya terhad kepada antaramukanya sahaja. Tidak pula pada laman sesawang yang dilawati. Walaupun sebahagian besar laman sesawang juga kini telah mula banyak menggunakan tema gelap, tapi ia mungkin tidak menyeluruh.

Jadi, sekiranya anda ingin mengaktifkan ciri tema gelap pada mana-mana laman sesawang yang dilawati, anda boleh memasang extension Dark Reader pada pelayar anda.

dark reader chrome
Extension Dark Reader untuk aplikasi pelayar Google Chrome.

Apabila Dark Reader dipasang pada pelayar, ia secara automatik akan diaktifkan dan menjadikan laman sesawang yang anda layari itu kepada tema gelap keseluruhannya.

dark reader before afterjpg
Perbandingan apabila Dark Reader diaktifkan.

Extension Dark Reader boleh dimuat turun dan dipasang pada aplikasi pelayar Safari (Mac App Store, RM19.90), Chrome (Chrome Web Store, Percuma) atau Firefox (Firefox Browser Add-Ons, Percuma).

Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY