Dapatkan Vivo Y15S Pada Harga RM 299 Melalui Langganan Digi Postpaid 58

vivo Malaysia bersama Digi telah menawarkan tawaran menarik bagi semua pengguna telco tersebut. Pengguna yang mendaftar pelan Digi Postpaid 58 berpeluang untuk mendapatkan vivo Y15S dengan harga RM 299. Pelan ini menawarkan panggilan tanpa had dan 10GB internet dengan hanya RM 58 sebulan.

Vivo Y15S dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan teknologi penjimatan kuasa pintar untuk bertahan lebih lama. Dijana dengan cip pemprosesan Mediatek Helio P35 dan hadir dengan paparan skrin 6.35 inci. Ia juga dilengkapi dengan memori 4GB RAM dan 128GB ROM.

Bagi kamera hadapan, Vivo Y15S mempunyai kamera hadapan 8MP, dan mempunyai 3 kamera di bahagian belakang yang memaparkan kamera utama 13MP, Kamera Wide-Angle 8MP, dan Depth Sensor Camera 2MP. Vivo Y15 hadir dengan dua variasi warna iaitu Phantom Black dan Burgundy Red.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Digi dan Facebook vivo Malaysia.