Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data

Sabah Akan Bangunkan Platform Digital Untuk Mudahkan Perkongsian Data

Diterbitkan Mac 4, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Kerajaan Sabah mengumumkan akan membangunkan satu platform digital untuk memudahkan perkongsian data menerusi inisiatif Pendigitalan Ke Era Kerajaan Digital. Platform perkongsian data ini merentasi ‘Kerajaan ke Kerajaan, Kerajaan ke Perniagaan bagi sektor swasta dan Kerajaan ke Rakyat’.

Perbaharuan yang dilakukan ini mempunyai tiga fasa. Fasa yang pertama adalah Automasi Digital seterusnya diikuti fasa yang kedua iaitu Transformasi Digital dan fasa yang terakhir iaitu Inovasi Digital. Fasa tersebut akan ditetapkan tempoh jangka pendek antara satu hingga enam bulan untuk merealisasikannya. Ia bermula dari tahun ini sehingga tahun 2024 akan datang.

digital

Selain itu, kerajaan negeri Sabah juga mewujudkan Bahagian Pendigitalan Kerajaan untuk mentransformasikan sistem penyampaian di kementerian, jabatan, pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan sebagainya.

Di samping itu, penjawat-penjawat awam juga diminta untuk menerokai sistem pendigitalan pada masa kini dan akan datang. Ia bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan dalam teknologi.

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY