Dapatkan Vivo Y15 Secara Eksklusif Dengan Pelan Postpaid Digi 58

Digi telah memperkenalkan peranti terbaru keluaran Vivo iaitu Vivo Y15 yang boleh didapati secara eksklusif dengan pelan Digi's Postpaid 58 untuk hanya RM299 pada 27 Jun 2019 yang lalu dan selanjutnya. Pelan ini menawarkan panggilan tanpa had dan 25GB internet hanya RM58 sebulan.

Vivo Y15 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan teknologi penjimatan kuasa pintar untuk bertahan lebih lama, sesuai bagi penggunaan seperti bermain permainan mudah alih, menonton video atau mendengar muzik. Dijana dengan RAM 4GB dan 64GB ROM, ia membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak aplikasi dan membuatnya berjalan lancar. Bagi kamera hadapan, Vivo Y15 mempunyai kamera hadapan 16MP, dan mempunyai 3 kamera di bahagian belakang yang memaparkan kamera utama 13MP, Kamera Wide-Angle 8MP, dan Depth Sensor Camera 2MP yang mampu memberikan penghasilan imej baik.

Vivo Y15 hadir dengan paparan skrin Halo FullView ™ 6.35-inci dan mempunyai bezels yang amat nipis, ia mampu memberikan hasil warna yang terang dan memberikan pengguna pengalaman menggunakkan paparan skrin yang luas. Peranti ini dijana dengan sistem operasi Funtouch OS 9 berdasarkan Android 9.0, yang dilengkapi dengan ciri-ciri baru dan pengoptimalan bersama-sama dengan penambahbaikan UI, serta antara muka yang lebih mudah digunakan dan pengalaman penggunaan yang lebih bijak dan lebih mesra.


Vivo Y15 hadir dengan dua variasi warna, Aqua Blue dan Burgundy Red.

 

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web, Digi  Vivo dan Facebook Vivo Malaysia.