Dapatkan Call of Duty: Black Ops Cold War Dengan Pembelian RTX 3080 Atau RTX 3090

Anda kini boleh memiliki permainan Call of Duty: Black Ops Cold War dengan setiap pembelian kad grafik NVIDIA RTX 3080 atau RTX 3090.

NVIDIA mengumumkan bahawa tawaran ini adalah terhad mulai hari ini sehingga 10 Disember 2020 melalui pengedar yang sah.



Untuk makluman, Call of Duty: Black Ops Cold War adalah judul terbaharu dalam francais Call of Duty yang akan dilancarkan 13 November ini.

Ia menggunakan teknologi daripada NVIDIA termasuk RTX ray-traced yang dipercepat, DLSS untuk kadar bingkai yang lebih baik dan banyak lagi.