ASUS Perkenal Kad Grafik GeForce RTX 3090 Versi GUNDAM

Beberapa hari yang lepas, ASUS telah mengumumkan kad grafik baharunya iaitu ROG STRIX GeForce RTX 3090 GUNDAM. Ini merupakan salah satu varian RTX 3090 yang terbaik dalam kad grafik dari ASUS.



ASUS ROG STRIX RTX 3090 OC sebenarnya telah menjadi kad grafik yang termahal di pasaran dan kad grafik edisi terhad ini sudah pasti akan lebih mahal daripada yang biasa.

Ia hanya dijual buat pasaran Asia dan sumber mengatakan RTX 3090 GUNDAM ini berharga 16,999 Yuan (~RM 10,522) berbanding model ROG STRIX yang berharga ~RM 7,457.



Varian GUNDAM ini menawarkan ciri rekaan serba putih dan biru yang sesuai dengan GUNDAM.

Ia juga akan hadir dengan clock speed 1890MHz, 3 penyambung kuasa 8-pin dan kuasa maksimum sebanyak 480W. Turut dilengkapi 3 kipas dan rekaan 3 slot.



Kad grafik RTX 3090 dilancarkan pada 24 September yang lalu. Namun, agak sukar jika anda mahukan kad grafik ini kerana ia mungkin tidak dijual buat pasaran Malaysia.

Sumber: videocardz