Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mahu Tawar Ciri Mirip Pixel, Mengesan Kemalangan

Apple Mahu Tawar Ciri Mirip Pixel, Mengesan Kemalangan

Diterbitkan November 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Google pernah menampilkan ciri yang mampu menyelamatkan nyawa seseorang dipanggil Car Crash Detection atau mengesan kemalangan melalui aplikasi Personal Safety pada peranti Pixel 3 sehinggalah Pixel 6.

Secara asasnya, peranti Pixel akan mula bergetar (vibrate), mengaktifkan penggera pada bunyi yang maksimum dan bertanya pada anda jika memerlukan bantuan. Sekiranya dalam tempoh 60 saat tiada jawapan, Pixel akan menghubungi nombor kecemasan 911 dan terus mengesan lokasi peranti sewaktu kemalangan.

Apple Mahu Tawar Ciri Mirip Pixel, Mengesan Kemalangan
gambar dari android central

Memandangkan fungsi tersebut dilihat amat membantu, Apple kini dilaporkan sedang membangunkan ciri yang serupa untuk peranti Apple Watch dan iPhone. Mereka mahu memuatkan satu sensor bagi mengenal pasti kemalangan.

Sensor tersebut boleh mengesan sekiranya terdapat perubahan mendadak dalam daya graviti atau dikenali daya-G (G-Force) pada hentaman.

Memetik laporanĀ The Wall Street Journal, Apple dikatakan telah pun menguji ciri ini dimana mereka sudah mengesan lebih daripada 10 juta yang mungkin mengalami kemalangan jalan raya.

Fungsi ini sebenarnya mirip dengan Fall Detection yang wujud dalam Apple Watch Series 4 dan terbaru. Oleh itu, berkemungkinan mereka bakal memperkenalkannya pada tahun hadapan.

Sumber: WSJ

Foto utama: wardsauto

Baca juga:

  • Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple

  • Dalam Diam, Model iMac Ini Dihentikan – Cip Intel Akan Hilang Tempat Dalam Apple

  • Xiaomi Dipintas Apple Semula Dalam Pengeluar Telefon Terbesar Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY