Ops Catut 8.0 Oleh KPDNHEP Selangor Dikuatkuasa Sehingga 8 Februari - Pantau Barangan PdPR

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah menguatkuasakan Ops Catut 8.0 sehingga 8 Februari 2021.

Ia dilaksanakan adalah bertujuan untuk memantau barangan keperluan PdPR yang kini mempunyai permintaan yang sangat tinggi yang membabitkan PC, komputer riba, telefon pintar, pencetak serta tablet.

Selain itu, dalam operasi yang dilakukan semalam meninjau beberapa peniaga yang dikatakan mengambil kesempatan terhadap PdPR dimana menaikan harga serta mengaut keuntungan tidak munasabah.

Kapsyen: Sumber: KPDNHEP Selangor


Bagi peniaga atau syarikat yang sengaja mengambil kesempatan ini, ia adalah satu kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 Seksyen 14 (1).

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 hingga RM1 juta atau denda lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambah pengarah KPDNHEP Selangor, beliau memberi amaran dan peringatan kepada mana-mana peniaga agar tidak mengambil kesempatan semasa tempoh PdPR ini.

Di samping itu, anda juga boleh membuat aduan sekiranya mendapati barangan ini dijual dengan tidak masuk akal di [email protected] atau hubungi talian pusat 1800886800 atau 03-88826245/6088.

Sumber: Facebook KDPNHEP Selangor via

Foto Utama: Facebook KPDNHEP Selangor