Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
black shark 4 WIDE

Black Shark 4 Sah Guna Snapdragon 888 Dengan Sistem Penyejukan Dipertingkat

Diterbitkan Mac 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari yang lalu, siri Black Shark 4 telah disahkan akan dilancarkan pada minggu hadapan, iaitu 23 Mac.

Dengan pelancaran semakin hampir, kini video acah telefon ini telah didedahkan di laman weibo.

BS 4 fizikal butang

Berdasarkan video tersebut, nampaknya butang fizikal seperti yang terdapat pada Black Shark 3 Pro masih dikekalkan. Tambahan lagi, panel belakangnya juga diberi nafas baharu.

black shark 4

Selain itu, siri ini juga rasmi akan dikuasakan cip Snapdragon 888 dan akan tampil dengan sistem penyejukan lebih baik dimana mampu menyejukkan CPU sehingga 18°C.

black shark 4 cooling
Sistem Penyejukan

Antara spesifikasi lain mengikut spekulasi sebelum ini, ia dijangka mempunyai skrin 6.67 inci 120Hz, 4500mAh dan pengecasan pantas 120W.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan pelancarannya minggu hadapan dan apa yang paling penting adalah harga yang bakal ditawarkan kepada pengguna.

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY