Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pusat Data Digodam, Mata Wang Kripto Bernilai RM460K ‘Dibawa Lari’

Posted on Disember 28, 2021Disember 28, 2021

Kegilaan untuk melombong wang kripto bukanlah sesuatu yang janggal sejak beberapa tahun ini. Aktiviti mining ini juga telah menyebabkan harga kad grafik di seluruh dunia meningkat dan sangat sukar didapati.

Beberapa sumber melaporkan sebuah pusat data dengan pelayan buatan HP model EPYC 9000 telah menjadi lubuk melombong wang kripto. Aktiviti kali ini juga dikatakan telah menjana lebih daripada sistem mining lain digabungkan.

Perkara ini pertama kali dikesan oleh pihak pembangun Raptoreum yang mendapati peningkatan kadar hash mendadak dari 200MH/s ke 400MH/s.

Kejadian yang berlaku selama 8 hari ini, 9-17 Disember dipercayai hasil kerja penggodam memaanfaatkan kerentanan Log4J yang mana membolehkan pelayan dikawal dari jauh walaupun tanpa sambungan luaran.

Sekurang-kurangnya $110,000 (~RM461,000) telah berjaya “dibawa lari” penggodam tersebut hasil “meminjam” pelayan di pusat data terbabit namun 1.7 juta token selebihnya masih belum ditukarkan ke nilainya, mungkin menunggu nilai Raptoreum meningkat lagi.

Banyak syarikat telah menjadi mangsa kerentanan ini termasuk Amazon, IBM dan Microsoft. Buat masa ini tidak dapat dipastikan pelayan milik syarikat manakah yang digodam untuk melombong wang kripto Raptoreum tersebut.

Sumber: EIN Presswire

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2
  • Jangan Beli Laptop Selagi Anda Tak Baca 11 Perkara Penting Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress