Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pavel Durov CEO Telegram_

Dakwa CEO Atas Kesalahan Pihak Ketiga Adalah Pendekatan Yang ‘Sesat’ – Durov

Diterbitkan September 6, 2024 · Dikemas kini September 6, 2024 oleh Amalina Athman

Pengasas Telegram, Pavel Durov, yang sedang disiasat di Perancis berkata, pihak berkuasa negara itu mengambil “pendekatan yang sesat” dengan mendakwa CEO atas jenayah yang dilakukan oleh pihak ketiga pada platform.

Dalam catatan di saluran Telegramnya, Durov berkata dakwaan pihak berkuasa Perancis tidak menerima maklum balas daripada Telegram adalah mengejutkannya kerana terdapat beberapa akses untuk menghubungi platform itu.

Menurutnya, Telegram mempunyai wakil rasmi di Kesatuan Eropah (EU) yang menerima dan membalas permintaan EU. Alamat e-mel juga tersedia secara terbuka untuk sesiapa sahaja di EU yang melakukan carian “Telegram EU address for law enforcement” di Google.

Malah, beliau turut membantu mewujudkan talian hotline dengan Telegram untuk menangani ancaman keganasan di Perancis.

Mengenai pertuduhan terhadapnya, Durov berkata jika sesebuah negara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan internet, amalan yang ditetapkan adalah untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap perkhidmatan itu sendiri.

Menggunakan undang-undang dari era pra-telefon pintar untuk mendakwa CEO atas jenayah yang dilakukan oleh pihak ketiga pada platform yang diuruskannya adalah pendekatan yang sesat.

Walaupun mengakui Telegram tidak sempurna serta bukan mudah untuk seimbangkan antara privasi dan keselamatan, Durov menafikan dakwaan bahawa platform itu merupakan “anarchic paradise”.

Jelasnya, Telegram memadam berjuta-juta siaran dan saluran berbahaya setiap hari, serta menyiarkan laporan ketelusan harian.

Berkaitan

  • Amsterdam Haramkan Penjawat Awam Guna Telegram Pada Telefon Kerja
  • CEO Telegram Ditahan Di Perancis
  • CEO Telegram Hadapi Pertuduhan ‘Bersubahat’ Dalam Jenayah Terancang Di Aplikasi
  • Indonesia Pertimbang Sekat Telegram, Bigo Live

Sumber: Du Rove’s Channel Telegram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY