Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dahulu Beliau Disanjung Kerana Hentikan Virus WannaCry, Kini Beliau Ditahan FBI Atas Tuduhan Menyebar Virus Kronos

Dahulu Beliau Disanjung Kerana Hentikan Virus WannaCry, Kini Beliau Ditahan FBI Atas Tuduhan Menyebar Virus Kronos

Diterbitkan Ogos 4, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 4, 2017 oleh Helmi Samsuri

Anda ingat tentang virus WannaCry yang menggemparkan dunia beberapa bulan lalu? Akibat dari serangan virus itu, syarikat-syarikat dilebih 150 buah negara mengalami kerugian dianggarkan mencecah $4bilion.

Dahulu Beliau Disanjung Kerana Hentikan Virus WannaCry, Kini Beliau Ditahan FBI Atas Tuduhan Menyebar Virus Kronos

WannaCry telah berjaya dihentikan oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Marcus Hutchins. Namun gelaran sebagai hero yang menghentikan WannaCry tidak kekal lama kerana beliau ditahan oleh pihak FBI di Las Vegas atas tuduhan menyebarkan perisian hasad.

Dipercayai pengasas kepada blog sekuriti Malwaretech itu telah mencipta dan menyebarkan perisian hasad jenis banking Trojan dikenali sebagai Kronos.

Kronos yang disebar menerusi dalam talian itu bertugas mencuri maklumat peribadi berkaitan transaksi dalam talian serta meletakkan kod berniat jahat pada komputer mangsa.

Walaubagaimanapun pihak FBI masih belum memberi apa-apa kenyataan kepada umum.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY