Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV

Cukai Jalan EV Mungkin Diumum Bulan Depan, Cukai Lebih Murah Daripada ICE

Diterbitkan April 1, 2024 · Dikemas kini April 1, 2024 oleh Amsyar Latif

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam kenyataan baru-baru ini mengatakan kementerian mereka kini di peringkat akhir dalam mengeluarkan formula baharu untuk kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan dijangka akan diumumkan sebelum akhir April.

Katanya lagi, proses perincian bagi kadar cukai jalan untuk EV sedikit mencabar atas faktor perbandingan kapasiti (CC) kereta internal combustion engine (ICE) dengan EV.

Disebabkan ini juga, pembeli EV khuatir sekiranya cukai jalan mereka lebih tinggi berbanding kereta ICE.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Bagaimanapun, Anthony berkata komitmen kerajaan sekarang adalah untuk menawarkan kadar cukai jalan berpatutan dan rendah untuk kenderaan EV berbanding kereta ICE.

Tidak pelik jika perkara ini berlaku memandangkan laporan terdahulu juga menyatakan yang cukai jalan EV akan lebih rendah.

Dalam perkembangan lain, Warisan Tan Chong Automotif (WTCA) dan Guangshou Automotive Group (GAC) Motor International memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) yang mana mereka diharapkan untuk memperkenalkan lebih banyak produk ke Malaysia terumata EV.

Sumber: bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY