Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GENTARI EV

Kenderaan EV Mungkin Akan Guna Nombor Plat Khas, Cukai Jalan Lebih Rendah

Diterbitkan Julai 4, 2023 · Dikemas kini Julai 4, 2023 oleh ariff bukhari

Kerajaan dilaporkan mungkin akan memperkenalkan nombor plat khas pada kenderaan elektrik (EV). Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook ketika bercakap pada pemberita Sabtu lalu.

Menurut beliau, ia masih dalam peringkat cadangan yang bertujuan bagi membezakan kenderaan EV dengan kenderaan berenjin petrol dan diesel.

Beliau menyatakan, pengenalan nombor plat untuk kenderaan EV adalah penting kerana EV belum ada dalam sistem nombor pendaftaran kenderaan negara dan kenderaan EV perlu dikenal pasti berbanding kenderaan lain.

Malah tambahnya, jika berlaku kemalangan, cara kendalian aspek keselamatan kenderaan EV adalah berbeza dari kenderaan lain. Sebagai contoh, perlu ada prosedur operasi standad (SOP) khas jika berlaku insiden kebakaran pada kenderaan EV.

Selain itu beliau juga memaklumkan, MOT akan akan mengkaji struktur pencukaian untuk kenderaan EV sebagai langkah menggalakkan pengguna memiliki kenderaan EV dengan menjadikan cukai EV lebih murah berbanding kereta biasa pada masa akan datang.

Buat masa ini, kereta EV tidak dikenakan cukai jalan sehingga 2025.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Cara Pindahkan Perbualan Di WhatsApp Tanpa 'Back Up'
  • Tesla Malaysia Rasmi Pada 20 Julai 2023

Sumber: Sinar Harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY